top of page

Welcome Tea

Sebuah sesi pengenalan yang dikhususkan buat freshmen ataupun sesiapa sahaja yang ingin tahu lebih tentang acara-acara tahunan PBMUKS.

Objektif

  1. Menyambut kedatangan mahasiswa-mahasiswi tahun pertama ke NUS.

  2. Memperkenalkan acara PBMUKS dengan lebih mendalam.

  3. Menggalakkan mahasiswa NUS untuk menyertai acara-acara PBMUKS.

Selamat datang ke Istana PBMUKS! Bagi acara pertama ahli jawatankuasa ke-54 ini, Welcome Tea bertujuan untuk memperkenalkan matlamat dan acara-acara PBMUKS kepada mahasiswa-mahasiswi tahun pertama. Tahun ini memperlihatkan kejayaan acara secara fizikal setelah undang-undang jarak selamat dilonggarkan. Bertemakan ‘Pendekar NUS’, Welcome Tea menjemput para peserta untuk menerokai setiap ‘kampung’ PBMUKS – acara am dan acara teras yang dianjurkan secara tahunan serta kegiatan NUS Dikir Barat.


Para peserta juga menyahut cabaran teka-teki dan permainan setelah setiap acara dibentangkan untuk memenangi cenderamata. Di akhir acara, lima ‘pendekar’ pertama yang telah meneka tagline PBMUKS bagi tahun ini – “Belia bersemangat, masyarakat bersepakat” – berjaya membawa pulang hadiah khas daripada jawatankuasa. Sebagaimana tagline bergema, azam PBMUKS untuk menanamkan semangat dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi NUS terus berkobar.

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page