top of page

ME{R}DU

ME{R}DU merupakan acara yang merangkumi bengkel muzik dan konsert tahunan yang bertujuan menjadi wadah buat pemuzik muda mengasah bakat dan kebolehan mereka. Ia bermatlamat untuk meningkatkan penghargaan terhadap bahasa Melayu dan juga memperkayakan muzik Melayu tempatan.

Objektif

  1. Untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penyemarakan muzik.

  2. Untuk memberi pemuzik yang bercita-cita asas yang kukuh supaya dapat menjejak langkah ke dalam industri muzik Melayu Singapura.

  3. Untuk memberi pemuzik yang bercita-cita sebuah wadah untuk menonjolkan bakat mereka.

Project Name

This is your Project description. Provide a brief summary to help visitors understand the context and background of your work. Click on "Edit Text" or double click on the text box to start.

ME{R}DU

Edisi

2022 / 2023

image_edited.jpg
image.png

Muzik adalah sebuah wadah yang berkuasa, kerana ia dapat menyentuh hati dan jiwa, kepada sesiapa yang mendengarinya. ME{R}DU bermatlamat untuk memberikan sebuah platform untuk ahli muzik muda menampilkan bakat mereka.

 

Dengan bengkel-bengkel yang diadakan, seperti bengkel penulisan lirik dan karangan lagu, peserta-peserta dapat mencungkil kebolehan dan bakat nyanyian mereka. Bengkel-bengkel ini juga telah diajari oleh golongan profesional seperti Mayuni Omar, Ahmadul Amin dan juga Sio Lubis yang terkenal oleh khayalak belia. Pelbagai ilmu dan nasihat telah dikongsikan oleh mereka kepada peserta-peserta.

Untuk menutup tirai secara gemilang, malam finale ME{R}DU yang dikenali ramai diadakan tahun ini di Annexe Studio, Esplanade. Selain persembahan yang menakjubkan oleh para peserta, penonton juga dapat menikmati muzik secara langsung oleh The Pinholes. Suasana malam konsert sungguh meriah dan menyeronokkan. 


Ia telah mengambil banyak tenaga dan usaha untuk melengkapi ME{R}DU tahun ini dengan lancar. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mayuni Omar, Ahmadul Amin dan Sio Lubis yang telah mengongsikan pengetahuan mereka.

image.png

Dengarkan lagu-lagu dari peserta-peserta ME{R}DU tahun ini yang telah dimuat naikkan ke Spotify!

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page