

Liga Raga
Liga Raga adalah inisiatif baharu PBMUKS yang diadakan untuk memenuhi kehendak ahli jawatankuasa dan mahasiswa untuk sebuah hari sukan. Untuk edisi pertama, sukan yang dipilih adalah futsal dan juga dodgeball, yang diminati ramai. Turut menyertai acara ini adalah NUS Silat, NUS Dikir dan ahli jawatankuasa Kem Orientasi (FOC).
Objektif
-
Memupuk semangat persahabatan yang kuat dan juga daya saing dalam kalangan masyarakat Melayu di NUS.
-
Mengekalkan hubungan yang baik, walaupun selepas tahun akademik telah berakhir.
-
Untuk menyambut akhir tahun akademik dan akhir kebanyakan acara teras.
-
Mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Melayu.

PBMUKS telah berusaha untuk menyatukan dan merapatkan tali persahabatan antara mahasiswa-mahasiswi Melayu NUS melalui sukan. Acara ini memberi tumpuan kepada dua hala, iaitu untuk menyambut akhir tahun akademik dan juga menggalakkan para mahasiswa-mahasiswi bergiat dan biasakan gaya hidup yang sihat. Para peserta merangkumi ahli jawatankuasa acara-acara teras PBMUKS, NUS Silat dan ahli jawatankuasa PBMUKS, yang bertanding dalam sebuah persaingan sihat melalui dua jenis sukan, iaitu Futsal dan Dodgeball.
Penasihat akademik PBMUKS, Profesor Madya Dr. Elmie Nekmat, juga turut serta dalam acara ini. Pemenang bagi kedua-dua sukan juga dapat berpeluang untuk berlawan pasukan PBMUKS yang merangkumi ahli jawatankuasa PBMUKS dan Dr Elmie. Setiap pasukan juga telah diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan atas segala sumbanagan mereka kepada PBMUKS.