top of page

Pek Kebajikan

Suatu kolaborasi tahunan bersama NUSMS, ia dibahagikan setiap akhir penggal, dengan tujuan untuk memberi para pelajar Melayu/Islam serta kakitangan NUS semangat menjelang musim peperiksaan.

Objektif

  1. Memberi sokongan kepada pelajar melayu/muslim.

  2. Memberi penghargaan kepada pekerja-pekerja.

  3. Mengeratkan perhubungan bersama NUSMS.

Dua pek kebajikan untuk para pelajar Melayu-Muslim NUS telah berjaya diagihkan sepanjang tahun akademik  2022/2023. Bak pepatah bagai aur dan tebing, serta demi meneruskan tradisi yang telah dipegang teguh selama beberapa tahun, pek kebajikan pertama merupakan kolaborasi bersama NUSMS sekali lagi. Untuk pek ini, ia mengandungi snek seperti kurma, baucar makanan dan banyak lagi!

 

Seterusnya, pek kebajikan kedua pula bertemakan Raya, sejajar dengan bulan suci  Ramadhan dan Hari Raya. Pek ini merangkumi cemil-cemilan serta pelbagai alat tulisan yang penting bagi para pelajar, lebih-lebih lagi untuk peperiksaan akhir tahun yang kian menjelang pada waktu itu.


Kedua-dua pek kebajikan telah diketuai oleh ahli Bendahari kami, Maryana dan Farah. Dengan usaha ini, kami berhasrat untuk memberi dorongan kepada para pelajar Melayu-Muslim NUS semasa  mereka mengharungi musim peperiksaan yang sibuk.

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page