top of page

Jom Ke NUS

Jom Ke NUS adalah sebuah inisiatif untuk mempamerkan hidup seharian mahasiswa-mahasiswi NUS dan memupuk rasa semangat dan keyakinan dalam bakal mahasiswa-mahasiswi NUS tahun akademik akan datang.

Bermula sebagai acara seharian yang membawa pelajar-pelajar maktab rendah, madrasah dan politeknik ke NUS, berubah menjadi sebuah bentuk video yang akan dimuat naikkan ke media sosial.

Objektif

  1. Untuk mempromosikan kehidupan pelajar NUS kepada bakal mahasiswa dari maktab rendah dan politeknik.

  2. Memperkenalkan PBMUKS kepada mereka.

#JomKeNUS (#JKN) merupakan inisiatif perhubungan awam PBMUKS khas buat pelajar-pelajar yang yang berminat untuk melanjutkan pengajian prasiswazah di NUS, dengan harapan dapat membantu memudahkan proses mereka dalam membuat keputusan.

 

Untuk #JKN kali ini, kami menyalurkan sebuah video muzik yang menarik dengan tujuan untuk menggambarkan kehidupan seronok sebagai seorang Anak Melayu NUS. Dengan latar belakang lagu ‘Sayang, Do You Love Me’ oleh Hael Husaini yang merdu dan manis, para pelajar dapat melihat imbasan ringkas akan acara-acara teras dan aktiviti-aktiviti ko-kurikular  yang boleh mereka nikmati.  


Inisiatif ini telah berjaya meraih sambutan yang tinggi di laman sosial PBMUKS dan kami berharap ini dapat berterusan supaya dapat menarik lebih para pelajar Melayu di luar untuk menjadi sebahagian Anak Melayu NUS.

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page