

Kem Orientasi
Kem orientasi memberi panduan kepada pelajar baru ketika mereka memulakan perjalanan mereka di NUS. Ia juga merupakan wadah bagi mereka mengenali satu sama lain dan para senior, dan juga memupuk nilai-nilai Melayu/Islam yang murni.
Objektif
-
Menyambut para freshmen ke NUS dengan suasana yang seronok
-
Mengadakan platform bagi para freshmen mengenali satu sama lain
-
Memupuk nilai-nilai murni Islam di antara para mahasiswa Muslim
-
Mempertingkatkan penghargaan terhadap bahasa dan budaya Melayu

Untuk menyambut pelajar-pelajar Melayu/Islam baharu ke NUS, PBMUKS dan NUSMS berkolaborasi sekali lagi untuk Kem Orientasi 2023!
Ahli jawatankuasa kem ini telah bekerja keras selama 7 bulan, supaya pelajar-pelajar baharu dapat pengalaman yang seronok dan lancar sambil memasuki fasa baru untuk pelajaran mereka.
Selama 3 hari, pelajar-pelajar mempunyai masa yang memuaskan untuk berintegrasi dengan kehidupuan di universiti. Mereka telah mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar Melayu/Islam yang lain dan membiasakan diri mereka dengan kampus NUS.
Lebih menarik lagi, tahun ini merupakan tahun yang pertama selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan, di mana kem orientasi diadakan dengan penginapan bermalam! Ianya sungguh mengharukan, melihat mereka mencipta kenangan baharu dan menjalinkan ikatan yang berharga antara satu sama lain. Kami harap kem ini telah menjadi sebuah permulaan kepada pengalaman universiti mereka yang bermakna dan seronok. Semoga mereka maju jaya dalam segala lapangan yang diceburi!