top of page

Erti Varsiti

Suatu kolaborasi tiga hala dengan Persatuan Bahasa Melayu Kebangsaan Singapura (PBMUKS), Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU (PERBAYU), serta SMU Malay Language and Cultural Club (SMU MLCC) sempena bulan Ramadhan dan Syawal. 

Dengan slogan Belia Berbakti, Memberi Kembali’, kami berharap agar ia dapat mendorong para belia untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bulan yang mulia ini menerusi kerja-kerja sukarelawan.

Objektif

  1. Merapatkan silaturrahim antara kelab-kelab bahasa dan budaya Melayu di peringkat universiti. 

  2. Membawa kebaikan dan menyumbang balik ke masyarakat Melayu-Islam. 

  3. Menggalakkan penguasaan bahasa Melayu yang kukuh.

PBMUKS teruskan dengan acara tahunan Erti Varsiti, dimana acara ini bertujuan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melayu Singapura. PBMUKS telah berganding bahu bersama persatuan kebudayaan Melayu peringkat universiti, NTU-NIE Perbaya, SMU MLCC, dan SIT Wau! MCS. Kolaborasi empat berhala ini juga dapat menyemaikan dan memperkuatkan tali persahabatan antara pihak-pihak yang terlibat.


Ahli jawatankuasa Erti Varsiti telah bekerjasama dengan Masjid Al-Khair, untuk menjalankan acara Emp4ti, di mana para sukarelawan dari keempat-empat sekolah ini bergotong royong untuk bungkuskan hamper Raya lalu mengagihkan hamper-hamper tersebut kepada 50 keluarga yang berpendapatan rendah di kawasan itu. Kami harap hamper-hamper tersebut dapat meringankan beban kewangan mereka dan juga meriakan suasana untuk sambutan Hari Raya yang menjelang tiba.

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page