top of page

Pentas Budaya

Pentas Budaya merupakan pementasan teater tahunan yang bertujuan untuk menjadi wadah bagi mengetengahkan pelbagai isu sosial yang menjadi keprihatinan masyarakat Melayu.

Objektif

  1. Mempamerkan kebolehan badan pelajar kami untuk mengendalikan sebuah pementasan teater dari kedua-dua aspek artistik dan produksi.

  2. Mengetengahkan potensi teater Melayu sebagai wadah atau wacana untuk penerokaan, refleksi dan perbincangan isu-isu masyarakat.

  3. Memberi peluang kepada penggiat seni untuk menyemarakkan lagi semangat seni teater dan memperhalus kepakaran mereka.

  4. Untuk diiktiraf oleh masyarakat umum serta para penggiat seni akan mutu pementasan yang dihasilkan.

Project Name

This is your Project description. Provide a brief summary to help visitors understand the context and background of your work. Click on "Edit Text" or double click on the text box to start.

Pentas Budaya

Edisi

2022 / 2023

1689595204338_edited.jpg

Sebelum perancangan bermula, Pentas Budaya juga telah menganjurkan sebuah bengkel lakonan yang dikendalikan oleh Aidli Mosbit, untuk mencurahkan ilmu dan kemahiran luas beliau kepada para pelakon dan ahli jawatankuasa. Dengan itu, setiap peserta mendapat tahu sedikit sebanyak tentang bidang teater sambil mengasah kebolehan mereka dalam lakonan secara kreatif.

 

Main Tulis Group pula berkolaborasi bersama untuk memperkukuh lagi idea dan penulisan kisah ‘Luas’. Pengalaman dan kemahiran menulis skrip mereka sangat berharga dalam memastikan daya cerita kekal relevan dan isu yang ingin dibentangkan itu dikupas elok.

 

Usaha gigih dalam berbulan-bulan merancang dan berlatih sudah tentunya membina kejayaan Pentas Budaya.

1689595204924.jpeg

Teater sebagai wadah untuk mempamerkan pemikiran isu-isu semasa dalam masyarakat adalah teras Pentas Budaya.

Pementasan tahun ini bertunjangkan isu penyakit Alzheimer’s dan kesempitan yang dialami pesakit dan keluarga mereka.

 

Kerja keras jawatankuasa Pentas Budaya telah membuahkan hasil setelah ‘Luas’ menerima sambutan hangat lagi beremosi pada kedua-dua hari pementasannya di Gateway Theatre.

1689595205124.jpeg
1689595205229_edited.jpg

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page