top of page

Selamat Datang

Ke Lelaman PBMUKS: Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura

Acara Kami

Kami mempunyai 4 Acara Teras iaitiu: Bisikan Pena, Mekar, Pentas Budaya dan ME{R}DU. Dengan acara teras ini, kami berharap untuk menyetuh pelbagai aspek seperti penerbitan, persuratan, perhubungan masyarakat dan seni.

Acara Sekretariat Am, adalah acara-acara yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa PBMUKS. Acara-acara seperti Pek Kebajikan, eMpower, Erti Varsiti dan Kesenian Ria adalah contoh acara sekretariat am.

Misi Kami

Untuk menjadi penaung Bahasa & Budaya dan pemangkin pembangunan masyarakat

Visi Kami

Terbinanya pelapis masyarakat yang akademis, pencipta, pengabdi yang berbudi dan bertanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa dan Budaya Melayu

Sejarah Kami

Affectionately known as PBMUKS (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura), or NUS Malay Language Society, we are a registered society and a student-led organisation under NUS’ Office of Student Affairs.


PBMUKS aims to promote and preserve the Malay language and culture and shape its undergraduates to be concerned citizens in the development of the community.

-----

Pada 19 Jun 1969, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan tidak beruntung bersama Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Registry of Societies). Sebelum ini, PBMUKS dikenali sebagai Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Singapura (PBMUS) pada awal tahun 1960-an.


Sebagai sebuah pertubuhan berdaftar, PBMUKS merupakan pemerintahan sendiri dan bukan sebahagian daripada entiti undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Bagaimanapun, sejak Ogos 2015, PBMUKS berhubung bersama 15 pertubuhan lain melalui Community Engagement Programme (CEP) Network, yang ditubuhkan oleh seksyen Penglibatan Masyarakat daripada Office of Student Affairs (OSA) di NUS untuk menggalakkan persefahaman dan kesedaran tentang pelbagai agama dan budaya dalam masyarakat pelajar NUS, untuk mengukuhkan ikatan masyarakat.

© 2025 by PBMUKS. Powered and secured by Wix

  • LinkedIn
  • White Instagram Icon
  • White Facebook Icon
bottom of page